Biografi Imam Abu Zakaria Muhyuddin an-Nawawi (631-676H)

Nama sebenarya ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H iaitu sembilan tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun. Al-Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca dan menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.(Al-Daqr:2005:22)

Pendidikan :

Ia adalah seorang pemikir muslim di bidang fiqih dan hadits,Ketika di Damsyiq, beliau telah berjumpa dengan imam Masjid al-Umawi Syeikh Jamaluddin Abdul Kafi (m. 689)  yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang dikenali sebagai al-Farkah (m. 690H). Al-Nawawi berguru dengannya. Setelah dua tahun berada di Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya pada tahun 651H.(al-Daqr:2005:28)

Beliau begitu gigih menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Al-Zahabi menceritakan tentang kegigihan al-Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan : dan dijadikan contoh dalam ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak dapat ditahan lagi, dia mengatur waktunya untuk belajar, menulis, mengkaji atau mendatangi para guru-gurunya. Al-Badr bin Jama’ah (m.733H) menceritakan apabila dia bertanya  mengenai tidur al-Nawawi.

Al-Nawawi mengatakan bahawa apabila dia tidak lagi berkuasa untuk menahan daripada rasa mengantuk maka dia menyandar kepada kitab sebentar dan kemudian akan terbangun. Dia banyak terjaga daripada tidur dan selalu tekun dalam menuntut ilmu dan amal. Setiap hari, beliau akan mempelajari 12 subjek daripada guru-gurunya dalam pelbagai bidang ilmu Islam. (al-Daqr:20005:30&36).

Al-Nawawi seorang tokoh feqah mazhab al-Syafi’i yang terkemuka. Beliau merupakan pemelihara mazhab, namanya disebut di seluruh pelusuk dunia dan kealimannya mencapai tingkatan yang tinggi. Dia adalah Syeikh mazhab dan penjaga mazhab al-Syafi’i. Keistemewaan al-Nawawi ialah  kerana dalam dirinya terkumpul keluasan ilmu dalam bidang feqah dan hadith. Beliau telah meriwayatkan kitab-kitab hadith yang muktabar  dengan sanad yang tinggi kepada para imam yang menulis kitab-kitab tersebut. Ibn Attar menyebutkan Imam al-Nawawi adalah seorang yang hafiz dalam hadith Rasulullah s.a.w., mengerti dengan berbagai-bagai kategori daripada yang shahih, cacat, gharib  dan istinbat feqahnya.

Al-Dhahabi menyebutkan Imam al-Nawawi dengan mujahadah dirinya yang tinggi, mencorakkan segala perhatian kepada ketakwaan dan keimanan, membersihkan diri dari segala kotoran maka dia menjadi seorang hafiz dalam hadith dengan segala ilmu, rijal dan ilatnya. Dari segi aliran akidah, beliau adalah beraliran Asyaari. Imam al-Nawawi juga seorang ahli nahu dan bahasa dan mengarang buku yang berkaitan dalam bidang tersebut. Buku yang dikarang olehnya iaitu Tahrir al-Tanbih dan Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah. Kedua-dua buku tersebut merupakan syarah terhadap lafaz-lafaz dalam kitab-kitab feqah yang besar dalam mazhab Syafi’i.(al-Daqr:2005:47)

Antara Guru-Guru Imam nawawi:

Dalam bidang feqah

1.  Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad bin Uthman al-Maghribi (650H)

2.  Abu Muhammad Adul Rahman bin Nuh al-Muqaddasi (m. 654H

3.  Abu Hafs Umar bin As’ad bin Ali Ghalib al-Rabi‘i al-Irbili.

4.  Abu al-Hasan al-Sallar bin al-Hasan al-Irbili (m. 670H)

Dalam bidang Hadith

1.  Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi- belajar Shahih Muslim

2.  Zainuddin Abu al-Baqa’Khalid bin Yusuf al-Nablisi (m.663H)

3.  Abdul Aziz bin Muhamad bin Abdul Muhsin al-Humawi (m.662H)

4.  Zainuddin Abu al-Abbas al-Muqaddasi

5.  Abu al-Faraj Abdul rahman bin Abi Umar Muhammad al-Muqaddasi

6.  Immaduddin Abdul Karim bin Abdul samad al-Harastani (m.662H)

7.  Taqiuddin Abu Muhammad Ismail bin Abi Ishaq Ibrahim al-Tanukhi

8.  Jamaluddin Abdul Rahman bin Salim bin Yahya al-Anbari(m.661H)

Dalam bidang Usul

1.  Abu al-Fath Umar bin Ibn Umar al-Taflisi.(672H)

Dalam bidang Nahu dan bahasa.

2.  Ahmad bin Salim al-Masri (664H)

3.  Muhamamd bin Abdullah

4.  al-Fakhr al-Maliki al-Lam‘u li Ibn Jani.(al-Daqr:20005:39) 

Karya-karyanya:

1.  Syarah  Muslim. Buku ini ditulis pada tahun 674H iaitu dua tahun sebelum kematian. Buku merupakan buku yang terakhir ditulisnya dan mempunyai 11 jilid.

2. Al-Rawdah al-Talilibin- Antara buku feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini merupakan ringkasan daripada buku syarah al-Kabir oleh al-Rafi‘i. Menurut Ibn Attar buku ini ditulis pada 25 Ramadan tahun 666H dan siap pada 669H. Buku ini mempunyai 8 jilid.

3.  Al-Minhaj- Buku ini merupakan buku feqah yang banyak digunakan oleh para ulamak dan penuntut ilmu. Kitab ini selesai ditulis pada 19 Ramadan tahun 669H.

4.  Riyadh al-Salihin - Buku ini merupakan himpunan hadith-hadith  nabi yang berkaitan dengan adab, akhlak, pembersihan jiwa. Al-Nawawi hanya menyebutkan hadith-hadith yang sahih sahaja.

5.  Al-Azkar- Buku ini merupakan himpunan zikir, doa-doa dan amalan bagi setiap orang muslim siang dan malam. Buku ini diselesaikan penulisannya pada 667H,

6.  Al-Tibyan fi adab Hamlah al-Quran- Buku ini berkaitan dengan adab-adab ketika berinteraksi denagan al-Quran.

7.  Al-Tahrir fi alfaz al-Tanbih- Buku merupakan karangan al-Nawawi dalam bidang bahasa yang merangkumi penerangan kepada lafaz-lafaz dan istilah feqah.

8.  Al-Idhah fi Manasik- Buku ini berkaitan dengan cara mengerjakan haji dan umrah- Buku ini telah disyarahkan oleh Ali bin Abdullah bin Ahmad (m. 911H) dan diberi komentar oleh Ibn Hajar al-Haitami (m.974H)

9.  Al-Irsyhad wa al-Taqrib- Buku ini dalam bidang mustalah hadith dan ringkasan dari buku Kitab al-Irsyhad Ibn salah. Buku ini disyarahkan pula oleh Imam al-sayuti dalam kitabnya Tadrib al-Rawi.(al-Daqr-160-176)

10.  Al-Arba‘in al-Nawawiyah- sebuah buku kecil yang menghimpunkan 40 hadith yang diperlukan oleh setiap muslim. Buku ini merupakan yang paling banyak digunakan oleh umat Islam dalam memahami hadith-hadith nabi.

11.  Bustan al-‘Arifin-Karya yang mempunyai banyak manfaat kerana di dalamnya menghuraikan mengenai kezuhudan, keikhlasan dan sifat menghindar daripada perkara dunia.

12.  Manaqib al-Syafi’i- merupakan ringkasan  daripada kitab al-Baihaqi yang mempunyai dua jilid dan al-Nawawi meringkaskannya menjadi satu jilid.

13.  Al-Fatawa-dinamakan dengan al-Masa’il al-Manthurah. Himpunan fatwa yang dihimpunkan oleh muridnya Alauddin ibn al-Attar. Ia merupakan karya yang banyak manfaat.

14.  Al-Adab al-Mufti wa al-Mustafta-Karya mengenai etika mufti dan syarat-syarat fatwa.

15.  Al-Majmu’ Syarah al-Muhadhab-Kitab ini merupakan kitab feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i dan ia merupakan syarah kitab al-Muhadhab karangan Imam Abi Ishaq al-Syairazi. Imam al-Nawawi menyiapkannnya sehingga bab riba yang mengandungi sembilan jilid kemudian disambung oleh Taqi al-Subki dalam tiga jilid. Kitab ini disiapkan syarahnya oleh Syeikh al-Muti’i, Mufti Mesir.

16.  Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah-Karya mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat. Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkannya sebahagian besar daripada penulisannya.

Sumber: Abu qirfah dan mindamadani

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post