Biografi Dan Karya Imam Malik Bin Anas Imam Mazhab


Imam Malik bin Anas atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith) lahir di Madinah pada tahun 93H/713M (bersamaan dengan tahun meninggalnya sahabat nabi yang mulia iaitu Anas bin Malik). Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam, yang dikenali sebagai Darul Hijrah, dan berkumpulnya generasi yang dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum.

Kelahirannya yaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dari kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam.

Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap, kuat serta suka berpakaian cantik dan bersih. Beliau mempunyaï pandangan yang bernas, mempunyaï pendirian yang teguh, bijaksana dan kuat ingatan. Merupakan seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi janazah. Beliau banyak membantu mereka yang mempunyaï hajat dan tidak suka mencela orang lain. Seorang yang tawadhu` dan tidak pernah menunggang kudanya di Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulullah S.a.w.

Antara guru-gurunya:

Imam Malik memiliki banyak guru tempatnya menimba ilmu, bahkan ada yang menyebutkan bahwa dia mempunyai guru sampai 900 orang. Di antara guru-gurunya tersebut adalah Abd Al Rahman Ibn Hurmuz (w. 148), Muhammad Ibn Sihab al-Zuhri (w. 123/ 124 H). Nafi’ Maula ibn Umar (w. 120 H). Imam Ja’far al-Shadiq bin Muhammad bin ali al-Husain bin Ali bin Abi Thalib (148 H). Rabi’ah al-Ra’yi bin Abd al Rahman (w. 136 H). ‘Amir bin Abdillah bin al-Zubair bin al-Awwam, Na’im bin Abdillah al-Majmar, Zaid bin Aslam, ‘Abdillah bin Dinar al-Adawi, Abu ‘Abd al Rahman alMadini Maula bin Umar (w. 127 H).

Karya-karya Imam Malik:

1.  Risalah Ila Ibn Wahb fi al-Qadr, Kitab An-Nujum, risalah fi al-Aqdhiyah, tafsir li Gharib Alquran, risalah Ila Lais bin Sa’ad, Kitab Syiar, Kitab al-Manasik, Risalah Ila Abu Hasan, dan Kitab al-Muwaththa’.

2.  Pada umumnya kitab di atas tidak lagi diketahui keberadaannya kecuali kitab al-Muwaththa’ merupakan karya Imam Malik yang cukup terkenal bahkan menjadi salah satu kitab hadith yang besar di antara kitabkitab yang ada.

Imam Malik kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia ketika berusia 89 tahun (ada yang mengatakan 85 atau 87 tahun). Beliau jatuh sakit pada hari Ahad dan menderita sakit selama 22 hari kemudian 10 hari setelah itu dia meninggal dunia.

Sebahagian meriwayatkan Imam Malik meninggal pada 14 Rabiul awwal 179H / 796M. Allahyarham dimakamkan di Baqi', Madinah.

Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Malik bin Anas dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.

Sumber:

1.  http://eprints.walisongo.ac.id/1867/4/092211007_Bab3.pdf

2.   http://www.sunnah.org/publication/khulafa_rashideen/malik.htm

3.   Malik bin Anas: "Al Muwaththa", halaman 7-9. Mesir :Dar al-Ghad al-gadeed

4.   Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

5.  Islamstory.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post